Monday, September 19, 2011

JANGAN sedih, UPU tak memilih anda :)



Salam 1 Malaysia..

Orite, bila dapat result SPM, ohh no semua cukup-cukup makan je??Dapat ke aku nk apply masuk U ni??Then apabila keputusan yang separuh masak tu nk compete dgn result yang cukup masak memang payah.Dan akhirnya..."dukacita anda gagal"sedih kan??

Orite kepada adik-adik lepasan SPM di luar sana yang gagal untuk ke IPTA jangan sedikit pon rasa bersedih :).Sedih boleh lah...tapi jangan sampai menangis tak sudah. Panjatkan doa supaya kita ni diantara golongan yang terpilih :)

Orite, kenapa aku mention kat sini jangan bersedih kan?Sebab bagi aku IPTA ngn IPTS ni tak ada bezanya.Yang penting ilmu yang di timba. Bagi aku pelajar yang menimba ilmu di IPTS sebenarnya lagi mencabar berbanding IPTA dan politeknik.Ada banyak sebab lah kenapa aku ckp cm tu.Sebab paling jelas adalah dari segi kewangan.Jika nak dibandingkan dengan IPTS, IPTA punya yuran separuh di taja kerajaan.Manakala IPTS fully ditaja sendiri.Betolkan?Jadi di situ nampak lah betapa beruntung jika belajar di institusi awam.

Orite,selalunya kan lepasan SPM ni akan apply matrikulasi, UITM, Politeknik,atau IPTA lain untuk pursue study kan?Jadi apa kita nak buat jika kita bukan salah seorang yang selected untuk memasuki lists di atas tadi?Jangan bimbang Malaysia ni besepah pusat pengajian tinggi :)

Orite,jadi apa susah..ada beberapa jalan.Idea yang boleh diketengahkan.Ini masukan untuk Pelajar lepasan SPM yang nak sambung Diploma yang agak kekurangan budget.Jadi sort of lists kat bawah sila ambil kira. :)

1. Apply kemasukan UiTM Disember intake UPU.
*** sepanjang pemerhatian..selalunya yang tercicir Julai intake, bila membuat permohonan sekali lagi..peluang untuk diterima masuk cerah.
*** Disember intake ini apply melalui laman web rasmi Uitm, bukan UPU lagi.Jadi sila peka :P
*** Ini kalau nk masuk Uitm gak kan.Yang aku tahu Uitm je yg buat disember intake untuk program diploma.If degree..ada banyak.

2. Apply institusi pengajian SWASTA lain yang menawarkan course yang kau suka.
*** yang ni aku nk mention sikit, kau kena doin some research sikit, pilih institusi yang common kita dengar..yang pelik-pelik yang agak2 cam rumah kedai tu..aku nasihatkan fikir 800 kali dulu.
*** yang part ni jugak kau kena tgk, sumber pinjaman dari badan mana?Aku suggestkan kalau dari MARA orite aku sokong.
*** MARA ni untuk apply pinjaman dia pastikan result korang ni mencukupi syarat yang dikehendaki.Sbb kalau tak cukup, since kau dah masuk institusi ni tapi syarat tuk wat pinjaman tak cukup so kau kena bayar sendiri yuran yang tinggi.Aku ckp on behalf org yang tak dpt IPTA sambung belajar di IPTS, yang kurang berkemampuan.Kenapa aku ckp MARA?Kerana mara ni if pointer kau hebat gila so pinjaman kau akan jadi biasiswa atau akan di beri hadiah dengan hanya membayar beberapa persent shj. dari jumlah pinjaman.Best kan?Tapi MARA lah..kalau PTPTN kau dpt 4 flat baru boleh jd biasiswa.

3. Apply lah masuk IPTS mana yang suka tapi yang ni lain sikit lah sebab aku nak bagi idea sikit.
*** orite kali ni, kalau sumber pinjaman mara tak ada.So gunakan kuasa Veto tempat kelahiran korang.Sebagai contoh Pinjaman SUK Selangor,SUK Perak dan segala bagai SUK.Pinjaman ni kalau dapat sama gak dengan MARA..boleh transfer jadi biasiswa atau boleh cut half kalau pointer final korang mencanak2 almost dean kan.
*** orite lagi, pinjaman yang sama iaitu Yayasan..Yayasan Johor, Yayasan Selangor, Yayasan Perak dsb. Yang ini semua setahun sekali je buka nk buat pinjaman.Ini keistimewaan kepada anak negeri masing-masing untuk di berikan peruntukan pinjaman.Pinjaman SUK n Yayasan ni pinjaman memang kena di interview.Tapi confirm dapat lah :).Ni untuk parents yang gaji tu tak berkemampuan.Tapi korang boleh minta.Mase interview tu mention lah kau nak sagt pinjaman..penemuduga tu pun ada budi bicara.So sila peka dengan surat khabar.
*** selalunya bila dah habis semester 1 baru boleh apply sebab nak tgk pointer korang bagus ke tidak.So 1st sem berat lah sikit.

4. Apply institusi ini, sebenarnya lagi hebat dari IPTA yang orang tak pandang..sebenarnya IPTA tp dia buat pengambilan by institusi bukan UPU.So kena pegi laman web nya alert dgn tarikh pengambilan.
*** BMI: British malaysia Ins.,MFI: Malaysia France Ins.,JMTi: Jepun malaysia Ins., Miat : ni untuk jadi pilot.PolyTech Mara.

5. Yang ni lebih kepada hand on lah.Ini pon IPTA gak..tapi orang tak sedar..so apply institusi yang lebih kpd kemahiran ni.
* IKBN : Institut Kemahiran Belia Negara, IPM : Institut Perdagangan Mara, bagi aku ni sma ja standard dgn poly or kolej komuniti.
*Yang ni lak kalau kau nk enjoy belajar Giat Mara, Pesdec .. ni semua ada elaun :) tapi boleh dpt sijil ajelah...

6. Masuk tingkatan 6.
*** Tak kisahlah...kan, aliran sains ke sastera ke yang penting buat yang terbaik. Jangan rase rendah diri kalau masuk ke tingkatan 6.Kau tau tak tingkatan ni dipanggil Aliran Perdana?sebab apa?sebab level tingkatan 6 ni ibarat belajar di pra universiti.Lebih kurang mcm faundation untuk sambung degree.
*** So jangan ingat tingkatan 6 low class dan adalah pilihan terakhir.Korang jgn nak menggelepor nak sambung diploma, or matrik sgt.Kalau dikira dari jumlah masa yang di peruntukkan masuk tingkatan 6 jimat masa.Blaja kat sekolah 2 tahun then degree.Compare belajar diploma 3 tahun then degree.Dah save 1 tahun.Cuma certain IPTS yang penah aku dengar buat diploma 2 tahun kat ITTAR.Tak silap akulah.Tu pon ada course tertentu :)

Apa pun keputusan di tangan anda.Sebenarnya belajar d mana pun tak rugi.Yang penting diri kita sendiri yang pandai menilai kehebatan kemampuan diri kita.Negara kita ni dah banyak kepakaran.So grab segala ilmu di depan mata.



Ni antara U yg ada di negara kita, jangan hadap sangat..yakin dengan diri sendiri :)

P/s : Walau apa pun keputusan SPM yang kita dapat tak memuaskan, berusaha cari peluang untuk terus belajar dan belajar.Wang tu boleh di ikhtiarkan selagi kita ada effort..insyaalah di permudahkan.Dengan Ilmu orang bukan senang-senang boleh jatuhkan kita.Ingat tu.Jadilah manusia yang berilmu :)

Sunday, September 18, 2011

Jeles dengan ADEQ aku...

Assalamualaikum...

Kepada para sahabat yang budiman.Harap semuanya berada dalam keadaan sehat dan hidup lebih cemerlang. Hari ini aku terpanggil untuk mencatat cerita yang aku rasa perlu untuk di titipkan. Tiba-tiba aku teringat pasal adik bongsu aku. Aku ni 4 beradik je, aku yang ke 3 dan dia yang ke empat. Kami berdua je yang agak riuh kat rumah kalau balik sebab hanya aku ngn dia je yang bujang lagi. Beza aku dengan dia 7 tahun. Jadi aku dan dia bergelar madu.Hahaahaaa..Dia suka cari pasal dengan aku.Dan aku pon suka cari pasal jugak.Tapi bila ada kepentinagn bersama aku ngn dia berbaik,wahahaaaaaa....bagus kan??

Aku dalam family paling the modest one lah.Yang biasa tiada yang luar biasa.Kakak-kakak aku semua pandai-pandai, aku kurang sikit degree pon tak abis lagi, dulu lepas diploma galak nak kerja kan.Jadi sekarang pon lambat-lambat pon dah nak habis study juga.Yang paling last adik aku ni lah bak kata orang harapan keluarga.Insyaalah 25/09/2011 ni akan fly ke Cairo buat Medic in surgery at Al-Azhar University. Aku dalam diam bangga tu adik aku bakal doktor.Tapi kat depan kutuk kaw2 bagi dia takot nak fly jejauh.Aku ckp weyh sok an ko kena masak sendiri..kat sana tak ada bibik nak sediakan makanan, nak basuhkan segala bagai untuk kau.Baik kau praktis kat rumah ni jangan nak senang je.

Aku suka bagi dia cuak.Almaklumlah, dia yang last dlm family so keluarga aku especially parents aku bagi sepenuh perhatian kat dia untuk fly ni.Korang bayangkan betapa aku ase tak best semua nak serba baru kot?spek, hp, bju, beg, lappy...ewah2...best kan..Dengan kakak-kakak aku setiap kali call..dik ada apa lagi yang tak cukup??Bg tau cepat nanti kakak belikan.Paling ketara masa raye aku dapat sepasang baju kurung,perfume,beg polo ( yg nih mmg aku dah bg hint kat sis aku nk beg kulit sandang blakang) tak pecaye dapat wow! suke terima kaseh kakak ku syg, duet raye tu wajib lah. Ha tu je senarai yang aku dapat. Nak di bandingkan dgn dia??Fullamak! Kasut dua pasang, baju bape pasang, tudung, shawl, beg, duet raya pon dapat ( smpi skrg aku ta tahu jumlah dia dpt, boleh aku blagak sikit ). Jadi memang aku jeles lah.

Dia ni pulak bila becakap, dia budget aku kawan dia.Weyh jom ikot org.Adeke patot?So dekat rumah aku memang totally different lah,,terpaksa melayan ini budak dengan hati yang separuh.Dia suka 2 panggil aku Aki..dan aku pon dengan berbesar hati panggil dia orix.hahaahaa aku suka.Tapi aku jeles dgn kepala hotak yang dia ada.Tak setanding aku lah yang otak logik je.Masa sekolah aku paling tak suka chemistry. Nak balance bagai.Aku sekolah Teknik....memang lah tak masuk langsung bap-bap nih.Kalau bap sambung litar tu aku tahulah.Jadi kebarangkalian aku nk ikot jejak dia adalah totaly zero.

Bila di university akulah manusia paling tough sekali.Maksud aku tu bukan aku ni gagah perkasa..maksud aku ni aku ni kalis makian,kalis leteran, kalis kutuk mengutuk.Hahahah..ape je aku rasa tak kenan kat hati aku nih..heheh selamatlah aku buat do no je.Aku tak suka komen banyak.Biasalah lah kan banyak projek, banyak idea, banyak org yang kena deal.Kalau kat umah aku boleh ikot kemahuan adik aku tu nak main kemah2 kat blakang umah pon aku ikot malas nk cari pasal punya hal kan.

Malam ni aku teringat lah, kesusahan dia nak packing barang2nya.Kesian aku bace msgnye..tak reti pack barang.Dia yang nak fly aku lak yang teruja.Aku dah siap2 cakap dengan minah ni, dik aku dah ada gaji Raya time aku fly kat egypt, nnt kamu jadi pemandu pelancong org tao.Tu bila aku dah jadi pensyarah ke ape.Tapi yang pasti 6 tahun dia akan salam perantau.I like...so aku akan jadi anak bongsu sekejap.Tapi kenanagn ngn minah ni banyak gila.Yang paling banyak gaduh main-main hahahaaa.Kadang- kadang bila bosan-bosan kat bilik ni aku teringat main masak-masak megi tenga hari buta tepi rumah.Memang lah adik beradik yang tak ada keja.Tapi sedap masak pakai dapur kayu.Konon nak bermalam dlm kemah..tapi malam2 masing2 masuk bilik sebb tak tahan nyamuk.Hahaha..tak thrill langsung.

Oritelah..aku ada assingment nak buat.Kepada adik aku, kamu tau kan yang kakak ni jeles kat kamu, thats y orang tak suka apa org beli kamu nak jugak yang sama.Semoga bila kamu fly ni an, apa yang org dapat kamu tak tiru lagi hehehe.Selamat mencabar diri untuk bergelar Doktor.Org sentiasa doakan kejayaan kmu dik Miss Farah Noer Hana Abd. Aziz.

Kalau korang nak friend dgn dia boleh lah ke www.separahot.blogspot.com , korang zasss lah..







Tengok...ade je benda yang nk di buat, cri pasei je an?




Haaaa ni bersama my beloved sisters.. yang aweq tudung merah tu my mum..ni time raya melawat kampung..

Sunday, September 4, 2011

Kelebihan pemegang Biasiswa SLTP ( Kementerian Pengajian Tinggi)

Assalamualaikum...

Salam Syawal..rasanya tak terlambat lagi aku nak ucapkan Salam Aidilfitri.Hari ni dah 7 hari raya..so ada niat nak ganti puasa terus buat puasa 6??Orite kalau kau ada bagus jadikan amalan.

Alhamdulillah setelah 2 bulan berehat dari dunia ber blog, kini tiba masa aku nk sambung balik apa yang aku rasa patut nak coretkan kat dalam masukan terbaru ni.Berbalik pada tajuk aku..kelebihan pemegang biasiswa KPT ni bukan aku nak riak or membangga cuma ianya sekadar untuk menaikkan semangat pada para calon yg berjaya untuk di temuduga nanti.Kau semua kena berusaha!Dalam erti kata lain banyakkan praktis bercakap,mengulas,melatih diri bercakap sepatah2, dgn terang jelas dan berisi.Jangan malu nk test dgn rakan-rakan atau depan cermin.Berbaloi kot kalau kau buat.Practice makes perfect!

Baiklah antara kelebihan yang kamu orang dapat :

1) Wang sara diri berjumlah euro 3999 eh silap RM 3999 almost RM4k untuk 1 semester :)... tu baru sara diri shj. Nih untuk universiti yg agak di cerok-cerok tuk kun. Tetapi kalau di bandar maka wang sara diri anda akan up menjadi RM4500 satu semester.

2) Yuran PENGAJIAN akan ditaja lagi ikot universiti masing-masing :)...best kan?? KPT mmg tak kacau lah duet sara diri tu.Apa yg aku tau if biasiswa JPA akn dapat dlm RM4+++ BUT, yuran pengajian bayar sendiri.So if 1 sem dpt let say 4500, yuran bagai 1200 tinggal 3300 shj.. so berbeza 700 kan?? Best kan jadi anak KPT??

3) Dah tentu bila grad nanti akan di posting ke Poly or kolej komuniti..sbb intake Biasiswa KPT ni jumlahnye kecil..d filter habis-habisan supaya yang betol-betol layak mendapat keistimewaan ni.

4) Elaun praktikal :) bagi yang kursus praktikal :)..and still dapat wang sara diri even kau praktikal :).Sehari rm 10.So cm aku 6 bulan adalah 1800.If ada elaun dari company praktikal tu..pandai2 lah tambah sendiri :).

5) Bagi yg duduk di sabah n sarawak..tiket pergi balik di taja Mas Airlines okkey?Tapi sekali shj lah.Tapi orite what?dari tak ada langsung? kan?

6) Tesis.Sape tak praktikal..malas nk praktikal nk wat tesis..maka ada peruntukan :).Ni untuk certain course for instance international business ke..yg pasti bukan engineeering lah.

7) Elaun perjalanan.Ni masa praktikal lah...berapa jauh dari rumah..dia ada lah rate nk bg tu nnti.Aku pon tak tahu lah sebab aku tak menjiwai lagi latihan industri aku ni.

Ha..ini antara kelebihanyang kau akan dapat.Sebab tu aku kata, buat betol- betol interview tu nanti.Nasihat aku ni untuk student yang benar-benar minat untk jadi pendidik.Kalau tak berminat tak payah bace.

Sebab di universiti aku, paling gerun sekali bisiswa KPT ni, dan paling lumayan.Aku bersyukur..and sangat berterima kaseh kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai sebab menaja aku belajar.Kalau korang nak tahu ada SLTP luar negara.Calon yg berjaya setahu aku lurus A+ SPM.Memang selama 4 tahun kau akan salam perantau je lah.Aku kalau dapat yg ni mmg lah lompat-lompat.Tapi Alhamdulillah.Dapat dalam negara pun syukur teramat sangat.Tak pernah terdetik dapat bisiswa ni memandangkan aku punya pointer pon nk reach 3.85 tu cukup susah.Tapi untuk biasiswa ni kau kena maintain pointer 2.75.Tapi takkan kau nk jadi pensyarah kau nak level setengah masak kan?Jadi value diri sendiri kena jage.Itu most important thing :).

Jadi berbalik kepada keistimewaan tadi, aku bukan nak riak seperti aku cakap tadi...tapi jauh dari sudut itu aku nak ajak siswa dan siswi di luar sana Grab apa yg ada di depan mata.Jadi pelajar sentiasa kena peka dan polish setiap benda baru yang kita nak adapt.Jangan takut mencuba.

Since dah dapat biasiswa ni, dalam masa 10 ke 3 bulan dari kau grad akan di postingkan.Jadi tak salah kau boleh try cari kerja lain dahulu :).Tak rugi..kerana tak ada pemegang biasiswa ni yang tercicir dari di posting kan :).Nasihat aku, sambung Master n then PHD.Impian kena ada :).Then tak lama lagi kau boleh jadi dekan university..kau boleh vacation with beloved family..n dalam masa yang sama kau seorang doktor.Dan tak lupa panjatkan syukur n tawakkal setiap apa yang kau lakukan.Finally, lets Allah do the rest!

Kepada calon-calon biasiswa KPT, selamat temu dan duga!!Wish u All the best!







Paling penting minta doa dari parents kamu orang.Kalau dah rezeki tak kemana :)..