Saturday, October 31, 2009

Hadapi Dengan Senyuman

Salam perjuangan, dalam hidup ni banyak sangat yang aku lalui.Dari yang perit sampai lah ke yang bahgia.Tapi yang bahagia tu selalunya kejap sahaja.Walaupun sekejap tapi amat bermakna.Allah maha adil siapa yang berusaha pasti berjaya.Aku pernah merasa betapa kerdilnya aku menjadi seornag hamba Allah.Pernah aku menyalahkan takdir.Kenapa aku tak berjaya seperti orang lain..Ummi, bapak banyak beri semangat kat aku yang aku akan dapat apa yang aku mahukan.Yang penting berusaha dan berusaha.Aku teringat kata-kata bapak "Takkan lah dalam sertus yang kita tanam yang kita baja takkan satu pun tak menjadi","yang membezakan kejayaan org tu adalah usahanya".Aku pegang kata-kata bapak, n aku jadikan azimat.Jika difikir-fikir bapak tak lah memandang rendah aku dengan post aku bekerja sebagai seorang technician.Katanya suami kawannya di sekolah adalah technician n dia bangga bercerita aku bekerja di tempat yang sama.Sebenarnya aku malu keja sebagai technician.Entahlah.Dulu aku tak bersyukur, sebab tu aku tau aku banyak di uji...Org melihat aku sebagai seorang yang heppy go lucky, but inside bottom of my heart bergelora...Bila aku nak keluar dari alam ni?

Roazzila, Shila...teman aku yang dah jadi cikgu.Asalnya aku yang mengajak diorang untuk mengisi borang maktab n Upsi.At last aku yang tercicir.Sekarang diorang dah kawen n ada baby.Alhamdulillah diorang bahagia..Aku?Insyaalah ada jodoh tak kemana.sabarlah hati..Pernah satu ketika aku menyesal mengajak mereka untuk mengisi borang dahulu..mungkin rezeki ku belum lagi.Jadi aku terus pasrah n berdoa...Selama 2 tahun setengah aku mencuba.Dan selama tu jugaklah aku kandas untuk melanjutkan pelajaran dlm education field ni. 5 kali menghadiri ujian medsi hanya 1 kali sahaja lepas n sekali interview but still kandas....Ya Allah. Ingat lagi betapa akau mengurungkan diri n tak bergaul dgn sesiapa.Makan pun di suap.Malu...dgn bapak,malu dgn ummi n kakak n adik.Dua org kakak ku dah bergelar guru n aku? pemegang diploma n pekerja kilang yang tada life.Sampai bila?Kemasukan ke universiti lain ada,tapi yang bahagian pendidikan aku mesti terkandas.Memang cita-cita ku bergelar seorang guru satu hari nanti.Tapi selalu terdetil dalam hati aku kenapa apa yang aku nak tak pernak tercapai?Dulu aku berfikiran begitu..tapi aku yakin siapa yang berusaha pasti berjaya.

Sewaktu aku mahu keluar dari kesedihan macam-macam lagi menduga aku.Kemalangan jalan raya awal Ramadhan 2008.Nasib kecederaan sikit sahaja.Tapi trauma untuk aku memandu selama lebih sebulan.Bapak yang menjadi penasiahatku.Setiap pegi n balik keja ada sahaja buah motivasi untukku.Terima kaseh bapak...n Ummi tak kurangnya.Sentiasa doakan aku.Then aku sekali lagi d uji dengan kemalangan kali kedua...Ni berpunca aku berangan.Dan sekali lagi kudrat bapak di perlukan untuk sattelkan masalah aku yang bertimpa2. Kesian bapak aku sedih melihat dia kesana kemari kerana perihal seorang anak iaitu aku.Dalam hati sampai bila aku nak menyusahkan mak n bapak?

No comments:

Post a Comment