Friday, November 6, 2009

Ujian MEDSI

Ujian Medsi ni sebenarnya diwajibkan untuk para calon yang mahu bekecimpung dalam bidang pendidikan.Jika dahulu pengajian dalam bidang pendidikan, calon diambil hanya berdasarkan keputusan yang memenuhi syarat untuk memasuki bidang ini.Pengambilan juga tak dirancang, siapa yang memenuhi syarat, calon akan ditawarkan kursus tersebut.Sedia maklum pengambilan terbesar adalah berlaku di UPSI. Disebabkan dari tindakan ini, ada satu ketika terjadi lambakan guru terlatih di negara kita ni. Maktab, KPLI,DPLI, dan sebagainya. Namun pengambilan sekarang tidak berlaku seperti dahulu. Setiap calon ditapis dengan menduduki Ujian Medsi dan juga lepas ujian temuduga.Mengapa ini berlaku? Kementerian Pengajian Tinggi mahukan guru yang lahir berkualiti.Ada gak baiknya menda ni di buat.Jadi pengeluaran guru yg tak dapat penempatan tu dapat di kurangkan.

Apakah komponen Ujian MEDSI?

Setuju,Kurang bersetuju,Sangat bersetuju, Sangat Tidak bersetuju...
Ya , Tidak...


So di atas adalah jawapan yang perlu anda pikir..Ada 300 soalan.Rata-rata soalan adalah berkaitan diri sendiri. Sebelum sy terlupa ada juga bahagian yang memerlukan anda menjaawab ya atau tidak.

Berdasarkan pengalaman sy yang telah menjawab sebanyak 4 kali ujian ini..( alamak kantoi ) hehe sy tahu bagaimana nak menjawab supaya kita ni nampak seperti seorang yang sangat seswai menjadi seorang guru kelak.Saya harap pengalaman sy ini boleh menjadi wadah kepada pembaca macam mana nak menjawab 300 soalan dengan berkesan.

Sebenarnya.....

Pengalam pertama menjawab MEDSI
( Sy melakukan strategi 1 yg tak menjadi )

Untuk makluman, sepanjang pemerhatian sy soalan yang diajukan adalah berdasarkan sifat atau perlakuan lumrah manusia untuk bergelar seorang guru. Soalam mempunyai corak, mengapa sy mengatakn corak?kerana soalan adalah berulang-ulang. Dan untuk bahagian A (setuju, x setuju....) anda kena berhati-hati disebabkan, soalan yang sama akan di ulang tetepi dalam laras bahasa yang hampir sama makna. Sebagai contoh : soalan 3 >> Adakah anda suka tempat yang mempunyai ramai orang? dan soalan ke 80>> Adakah anda gemar ke tempat-tempat terdapatnya ramai orang berkumpul?? Jadi bila diteliti sebenarnya cuma ada sekelompok soalan dan ianya diolah supaya calon keliru. Tapi bagi saya tujuan utama mengapa dia buat sebegitu rupa adalah kerana nak menilai calon tu menipu atau pon tak. Yalah kalau jawab soalan tak tailly dgn yang bawah, matrik markah tu turun lah.Jadi semasa menjawab ingat-ingatlah supaya jawapan kita tu maintain, bukan hentam keromo.

Tapi strategi sy yg 1, tak menjadi sebab, mana yang setuju sy setuju terus = sangat bersetuju, yang tidak setuju = sangat tidak bersetuju.Walaupun ada 4 ( pilihan setuju......)sy hanya menggunakan dua diatas.Sebab bagi sy sebagai seorang guru kenalah ada ketegasan, so cuma ada setuju n tak bersetuju.

Untuk bahagian B ( ya , tidak ) calon kenalah menjawab seswai dengan kursus yang dipohon.sebagai contoh soalan adalah 1. Adakah anda suka kanak-kanak? 2. Adakah anda suka membaiki kereta? 3. Adakah anda suka melayan kanak-kanak khas??
Jadi bererti, kalau anda tu ambil kursusu pendidikan awal kanak-kanak, jawablah ya untuk soalan 1 dan 3.Macam2 soalan yang akan di tanya.Anda kena menjawab seperti anda akan mengajar kursus yang anda pilih.

Kesimpulan dr strategi sy adalah..tak betol...kerana manada cikgu yang tak flexible? so jadi guru kena lah flexible.Macm komputer lak yes n no. So tak boleh lah cam tu.Kesimpulannya ujian 1 sy tak lepas kerana sy terlampau rigid.Nak tahu cana nak lepas Medsi?tunggu utk pengalaman 2 dan pengalaman di temuduga...

4 comments:

  1. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    ReplyDelete
  2. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    ReplyDelete
  3. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    ReplyDelete