Monday, September 19, 2011

JANGAN sedih, UPU tak memilih anda :)



Salam 1 Malaysia..

Orite, bila dapat result SPM, ohh no semua cukup-cukup makan je??Dapat ke aku nk apply masuk U ni??Then apabila keputusan yang separuh masak tu nk compete dgn result yang cukup masak memang payah.Dan akhirnya..."dukacita anda gagal"sedih kan??

Orite kepada adik-adik lepasan SPM di luar sana yang gagal untuk ke IPTA jangan sedikit pon rasa bersedih :).Sedih boleh lah...tapi jangan sampai menangis tak sudah. Panjatkan doa supaya kita ni diantara golongan yang terpilih :)

Orite, kenapa aku mention kat sini jangan bersedih kan?Sebab bagi aku IPTA ngn IPTS ni tak ada bezanya.Yang penting ilmu yang di timba. Bagi aku pelajar yang menimba ilmu di IPTS sebenarnya lagi mencabar berbanding IPTA dan politeknik.Ada banyak sebab lah kenapa aku ckp cm tu.Sebab paling jelas adalah dari segi kewangan.Jika nak dibandingkan dengan IPTS, IPTA punya yuran separuh di taja kerajaan.Manakala IPTS fully ditaja sendiri.Betolkan?Jadi di situ nampak lah betapa beruntung jika belajar di institusi awam.

Orite,selalunya kan lepasan SPM ni akan apply matrikulasi, UITM, Politeknik,atau IPTA lain untuk pursue study kan?Jadi apa kita nak buat jika kita bukan salah seorang yang selected untuk memasuki lists di atas tadi?Jangan bimbang Malaysia ni besepah pusat pengajian tinggi :)

Orite,jadi apa susah..ada beberapa jalan.Idea yang boleh diketengahkan.Ini masukan untuk Pelajar lepasan SPM yang nak sambung Diploma yang agak kekurangan budget.Jadi sort of lists kat bawah sila ambil kira. :)

1. Apply kemasukan UiTM Disember intake UPU.
*** sepanjang pemerhatian..selalunya yang tercicir Julai intake, bila membuat permohonan sekali lagi..peluang untuk diterima masuk cerah.
*** Disember intake ini apply melalui laman web rasmi Uitm, bukan UPU lagi.Jadi sila peka :P
*** Ini kalau nk masuk Uitm gak kan.Yang aku tahu Uitm je yg buat disember intake untuk program diploma.If degree..ada banyak.

2. Apply institusi pengajian SWASTA lain yang menawarkan course yang kau suka.
*** yang ni aku nk mention sikit, kau kena doin some research sikit, pilih institusi yang common kita dengar..yang pelik-pelik yang agak2 cam rumah kedai tu..aku nasihatkan fikir 800 kali dulu.
*** yang part ni jugak kau kena tgk, sumber pinjaman dari badan mana?Aku suggestkan kalau dari MARA orite aku sokong.
*** MARA ni untuk apply pinjaman dia pastikan result korang ni mencukupi syarat yang dikehendaki.Sbb kalau tak cukup, since kau dah masuk institusi ni tapi syarat tuk wat pinjaman tak cukup so kau kena bayar sendiri yuran yang tinggi.Aku ckp on behalf org yang tak dpt IPTA sambung belajar di IPTS, yang kurang berkemampuan.Kenapa aku ckp MARA?Kerana mara ni if pointer kau hebat gila so pinjaman kau akan jadi biasiswa atau akan di beri hadiah dengan hanya membayar beberapa persent shj. dari jumlah pinjaman.Best kan?Tapi MARA lah..kalau PTPTN kau dpt 4 flat baru boleh jd biasiswa.

3. Apply lah masuk IPTS mana yang suka tapi yang ni lain sikit lah sebab aku nak bagi idea sikit.
*** orite kali ni, kalau sumber pinjaman mara tak ada.So gunakan kuasa Veto tempat kelahiran korang.Sebagai contoh Pinjaman SUK Selangor,SUK Perak dan segala bagai SUK.Pinjaman ni kalau dapat sama gak dengan MARA..boleh transfer jadi biasiswa atau boleh cut half kalau pointer final korang mencanak2 almost dean kan.
*** orite lagi, pinjaman yang sama iaitu Yayasan..Yayasan Johor, Yayasan Selangor, Yayasan Perak dsb. Yang ini semua setahun sekali je buka nk buat pinjaman.Ini keistimewaan kepada anak negeri masing-masing untuk di berikan peruntukan pinjaman.Pinjaman SUK n Yayasan ni pinjaman memang kena di interview.Tapi confirm dapat lah :).Ni untuk parents yang gaji tu tak berkemampuan.Tapi korang boleh minta.Mase interview tu mention lah kau nak sagt pinjaman..penemuduga tu pun ada budi bicara.So sila peka dengan surat khabar.
*** selalunya bila dah habis semester 1 baru boleh apply sebab nak tgk pointer korang bagus ke tidak.So 1st sem berat lah sikit.

4. Apply institusi ini, sebenarnya lagi hebat dari IPTA yang orang tak pandang..sebenarnya IPTA tp dia buat pengambilan by institusi bukan UPU.So kena pegi laman web nya alert dgn tarikh pengambilan.
*** BMI: British malaysia Ins.,MFI: Malaysia France Ins.,JMTi: Jepun malaysia Ins., Miat : ni untuk jadi pilot.PolyTech Mara.

5. Yang ni lebih kepada hand on lah.Ini pon IPTA gak..tapi orang tak sedar..so apply institusi yang lebih kpd kemahiran ni.
* IKBN : Institut Kemahiran Belia Negara, IPM : Institut Perdagangan Mara, bagi aku ni sma ja standard dgn poly or kolej komuniti.
*Yang ni lak kalau kau nk enjoy belajar Giat Mara, Pesdec .. ni semua ada elaun :) tapi boleh dpt sijil ajelah...

6. Masuk tingkatan 6.
*** Tak kisahlah...kan, aliran sains ke sastera ke yang penting buat yang terbaik. Jangan rase rendah diri kalau masuk ke tingkatan 6.Kau tau tak tingkatan ni dipanggil Aliran Perdana?sebab apa?sebab level tingkatan 6 ni ibarat belajar di pra universiti.Lebih kurang mcm faundation untuk sambung degree.
*** So jangan ingat tingkatan 6 low class dan adalah pilihan terakhir.Korang jgn nak menggelepor nak sambung diploma, or matrik sgt.Kalau dikira dari jumlah masa yang di peruntukkan masuk tingkatan 6 jimat masa.Blaja kat sekolah 2 tahun then degree.Compare belajar diploma 3 tahun then degree.Dah save 1 tahun.Cuma certain IPTS yang penah aku dengar buat diploma 2 tahun kat ITTAR.Tak silap akulah.Tu pon ada course tertentu :)

Apa pun keputusan di tangan anda.Sebenarnya belajar d mana pun tak rugi.Yang penting diri kita sendiri yang pandai menilai kehebatan kemampuan diri kita.Negara kita ni dah banyak kepakaran.So grab segala ilmu di depan mata.



Ni antara U yg ada di negara kita, jangan hadap sangat..yakin dengan diri sendiri :)

P/s : Walau apa pun keputusan SPM yang kita dapat tak memuaskan, berusaha cari peluang untuk terus belajar dan belajar.Wang tu boleh di ikhtiarkan selagi kita ada effort..insyaalah di permudahkan.Dengan Ilmu orang bukan senang-senang boleh jatuhkan kita.Ingat tu.Jadilah manusia yang berilmu :)

3 comments:

  1. saya nak tye satu soalan..utk biasiswa sltp..biasanya berapa lama lepas interview baru kuar result yg dpt biasiswa tu???

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Biasanya dalam sebulan lebih dari tarikh interview. Untuk kepastian tarikh, call bahagian KPT untuk tahu bila tarikh sebenar. Keputusan di beri tahu melalui surat dan boleh cek d laman web KPT.

    ReplyDelete
  3. ipta yg ambil 2nd intake untuk degree selain uitm apa lg ya

    ReplyDelete