Salam dan selamat pagi semua, harap semua kawan-kawan berada dalam mood yang gembira dan bahagia. Mana yang agak-agak tak gembira tu...cuba senyum skettt...haaa...
Baiklah, sebenarnya aku nak cerita pasal Cek Leman. Beliau adalah figura yang amat di sukai di hostel tempat aku belajar ni. Sebab apa aku kata beliau disukai?? Sebab bila masa beliau and the geng datang "gegel" kat sini akan secara drastiknya mana yang tengah menjemur, bejalan mundar mandir, akan histeria melihat beliau and the geng. Cek Leman ni nak kata perkasa mungkin lah, dia antara yang ada 8 packs dalam ahli kumpulannya dan paling berpengaruh. Hurmmm..
Kadang-kala Cel Leman and the geng bertukar kepada geng Mat Parang, atau geng Kampung Pisang kerana kerancakan geng ini yang di ketuai Cek Leman mambuat onar di kawasan ni. Tapi dengan aku...aku tak bagi chances kat Cek Leman sebab beliau sangat menyusahkan hidup aku. Dan bila ada tanda geng-geng ni datang aku dah sediakan sesuatau supaya geng ini ingat aku sampai bebila.
Sesuatu yang aku maksudkan adalah PENYAPU. Yeah!! itulah senjata ampuh yang setakat ni yang aku ada untuk menjadi Adi Wira melawan Cek Leman. Arghhh!!! Grrrrrr!!!
Dan pada suatu hari...sedang rancak Cek Leman mencari makanan di tempat yang beliau sukainya, sebelah tandas (kawasan pantry) adalah syurga makanan bagi beliau. Dan sebelah pantry adalah bilik aku. Jadi aku sangat dengki melihat beliau bersuka-suka bermaharaja lela membuat onar. Paling aku terasa di perkotak katikkan, bila aku nak pergi ke tandas impian ku musnah kerana Cek Leman and the geng tidak memberi laluan kepada aku. Aku???tak di beri laluan???Ini amat mendatangkan kemarahan, Cek Leman meledakkan kemarahan ku dengan mengaangkat-angkat kening dan menunjukkan giginya yang jongos tu kepada aku. Ehhhhhh aku sekeh jugak beliau ni.
Maka aku pon tercabar, dengan berbekalkan penyapu dan penyodok sampah...aku membaling dari jarak jauh.. dan sasaran ku tepat mengenai kepala Cek Leman yang budget kacak tu.Lantas lari lintang pukang.Jadi masanya aku berlari dan menyorokkan sumber makanan yang beliau nikmati tadi ke dalam store.
Hah puas hati aku!!Dan dari jauh di atas Cek Leman memandang aku dengan pandangan yang aku dapat rasakan " Aku dendam dengan kau wahai manusia!" Lebih kurang mancam nilah pandangannya...dengan gaya duduk yang macam ayam berak kapoor.
Dalam Hati aku puas aku. Hak hak hak..gelak cam menang power root pakcik kayo!Kacak tak?Cek Leman???Arghhh mungkin gegel dalam geng nya mengkagumi akan ke brutal an beliau.
Rupa-rupanya Cek Leman berdendam dengan ke "rude" an aku kan.......sejak hari kejadian aku sering diserang dan di buli....padan muka aku kann..
Tragedi pertama....ohhh tidak dapat aku lupakan serangan itu yang membuatkan aku begitu fobia nak keluar dari bilik.Cerita nya begini......to be continue.......... part 1.
(Sebab aku rasa bulu romaku meremang untuk menulis cerita ni) kih kih kih.... kita zasss dulu.
Ni kawan baik Cek Leman. Papa Yam.. :) Dan gambar di bawah adalah gambar sebenarnya confidential, Cek Leman masa majlis kawinnya...bersama Cik Baby Face.
Wahahah sekian esok-esok aku sambung cerita Cek Leman mengganasssss!!!
No comments:
Post a Comment