Apabila aku baca surat khabar,merayap-rayap di Internet, tengok berita segala saluran telivisyen, sebelum dan selepas insiden ini apa yang berlaku adalah dapat disimpulan betapa segelintir manusia yang bertaraf warganegara macam tak ada harga diri atau lebih baik maruah diri.Kau kata kau sayangkan negara, ( kalau dah main video di atas ) ada pulak yang bercakap " kalau tak pergi anda bukan rakyat Malaysia" ape kah pakcik itu telah belajar sejarah?Bahawasanya yang di iktiraf rakyat Malaysia itu kayu pengukurnya adalah dengan mengahadiri perhimpunan sebegini rupa?Aku tak faham betol lah...apa nak jadi dengan generasi sekarang.
Dalam banyak-banyak ada satu isu hangat yang dijadikan provokasi setelah tamat perhimpunan Bersih ( seorang peserta meninggal semasa bersusah payah melarikan diri setelah di tahan polis )Hal ini di jadikan provokasi oleh pihak yang dungu untuk menetang kerajaan dan polis.Apa yang tak baik yang songsang semua salah kerajaan dan polis.Menyorot video yang aku tonton apa yang boleh disimpulkan, (arwah pakcik tu) tangannya telah di ikat dengan (cable tie), jadi sebelum tu dalam tahanan polis dia bertindak melarikan diri dalam keadaan tangan yg terikat, jadi mestilah polis kejar balik, dah kata tahanan jadi perlulah di ambil keterangan,kalau pakcik tu tak ada apa-apa atau memang tak bersalah atau sebenarnye saja-saja datang nak ambik angin kenapa dia melarikan diri??Tak kisah lah ada cerita yang mana mereka ni disogokkan dengan duit mereka ambik, atau pakcik nih tak ambik duit kot tapi mungkin dia ni telah ditipu oleh pihak yang dungu mengatakan ini adalah perjuangan untuk menegakkan agama Islam, mewujudkan negara Islam.Jadi beradalah pakcik itu di situ pada hari kejadian. Maka pada hari kejadian adalah hari terakhirya di bumi, malang sekali nyawanya di jemput Illahi time yg kacau bilau itu.Cuba pakcik tu tak perlu lari..cuba pakcik tu tak payah bawak anak dia sekali, cuba pakcik tu...eh macam-macam yan penting cuba pakcik tu "Say NO! untuk bersama ke perhimpunan itu.Kemungkinan pakcik tu selamat menghembuskan nafas terakhir di rumah bersama anak dan isteri tersayang.
Baiklah berbalik pada Bersih tadi.Ini lagi satu benda yang nak di kongsikan, bukan aku nak anti sana sini anti sosial atau pro kerajaan. Cuma kerajaan dan polis dah cakap JANGAN! jadi wahai rakyat semua lebih-lebih lagi yang masih menuntut di IPTA tak perlu lah. Masing-masing dah besar panjang, belajarlah dari sejarah. Bersih nih dah pernah berlangsung sampai sekarang kalau di kira satu pon tak ada faedahnya.Kosong.Kepada penuntut yang bersama-sama pada hari tersebut awas anda semua diperhatikan mana yang tertangkap akan dikenakan tidakan oleh Universiti masing-masing.Polis kata JANGAN! Tapi buat juga.Jadi terima lah padahnya.Ingat UITM bangsa Melayu, mana-mana yang masuk IPTA di tanggung kerajaan separuh yuran anda.Ingat lah, kerajaan dah habiskan banyak duet untuk kita semua.Undang-undang AUKU akan dikenakan kepada penuntut yang terlibat.Sedarlah wahai anda semua jangan jadi kan orang Melayu di anak tirikan di bumi sendiri.Kelak anak cucu yang merana.Kita dah aman makmur.Kalau di teliti kembali 14 tuntutan Si AMBIGA tu..sanggup nak gadaikan agama dan bangsa sendiri??Tanya pada diri sendiri sanggupkah?
Bagi hemat aku siapa yang beramai-ramai yang berjaya menghadiri perhimpunan bersih yang tiada keuntungan itu, syabas aku ucapkan kerana telah berjaya memalukan Malaysia ke seantero dunia. Hukuman??kenapa nak bagi hukuman?bagi hadiah.Hadiahnya adalah seumur hidup melancong kemana negara yang anda nak lawati.Dapat?BERSIH = KOSONG.Terima kasih kepada Polis dan kerajaan yang telah melayan Seladang-seladang dengan sopan dan bagus sekali.Syabas.
BERSIH kan HATI, AKAL, SAHSIAH, AKHLAK atau Rumah lagi bagus. |
No comments:
Post a Comment