Wednesday, July 13, 2011
Kau Rasa Kau Dah Buat Yg. Terbaik Tapi " Useless"
Hari ini aku nak kongsikan sesuatu yang aku rasa amat berharga untuk di kongsikan bersama. Pengalaman aku sebagai seorang anak kecil bersekolah di tadika ( embah aku punya, jadi selalu ponteng sekolah,suka-suka hati )sampailah dah melanjutkan pelajaran, kerja sekejap ( sempat lah gak mencarum di KWSP )seterusnya masih lagi menambah ilmu di dada lantas sambung belajar sampai sekarang.Aku suka dengan kehidupan aku walaupun masa dihabiskan ke kelas dan tempat kerja.
Jsdi sekarang aku cuti semester, jadi aku ada masa untuk mengahadap Lappy dan banyakkan masa untuk merewang-rangga dalam internet ni. Aku aim nak belajar JOOMLa sendiri di rumah, tetapi sejak bibik ( tak mahu jadi bibik lagi ) jadi akulah yang mengemas, memasak ( cipta resepi baru ) and sometimes jadi tukang kebun and apa saja yang membolehkan aku mengeluarkan peluh, maka aku pendamkan niat untuk belajar JOOMla nih.
Aku suka perhatikan tingkah laku orang.Aku jenis outspoken tapi dalam blog saje lah, but in certain circumstances jika aku perlu bersuara aku suarakan.Tapi pada tempat dan keadaan atau istilah lainnya aku jenis tak banyak cakap tapi TEGAS.Aku bukan nak cakap aku BAGUS tapi mana aku pergi itulah title yang aku dapat even my lecturer also admit.Yeahh thats my treadmark.
Baiklah atas pemerhatian aku, kenapa kau orang semua dah berhempas pulas tapi di akhirnya korang seperti tidak mendapat apa-apa.Senang cerita KOSONG.Aku suka guna perkataan KOSONG kerana ianya tak ada nilai.Bila aku recall balik apa yang aku dapat terdapat beberapa aspek sebenarnya yang menyumbang kearah " Useless" ni.Mahu atau tidak most probability adalah disebabkan diri kita sendiri.Jika "uols" nak tahu berikut adalah aspek-aspek yang tidak perasan yang tidak diambil tahu sepanjang hidup ni.
Faktor-Faktor
1) Urusan peribadi hancur.
2) Pergaulan dengan parents dan family sendiri hancur.
3) Pergaulan dengan rakan-rakan di sekolah,universiti,tempat kerja hancur.
4) Urusan dengan yang di ATAS.
5) Semua di atas mari aku cerita satu-satu supaya lekat dalam kepala, dan betolkan terus di biasakan.
< Urusan peribadi hancur >
Kenapa aku letak faktor ni yang pertama?Mestilah yang pertama sebab berkait rapat dengan diri sendiri yang paling asas.Cuba jawab soalan yang aku state kat sini.Tak kira lah ko lelaki ke perempuan ke rase nak jawab, jawab rase cam tak nak bace boleh zass mata anda ke tempat lain.
* Setiap kali bangun dari katil setelah tido yang sejam ke berjam-jam ke ada tak di kemas balik?
* Setiap kali mandi baju yang sudah di pakai terus basuh atau humban dalam baldi atau longgok?atau bagi bibik suruh basuh?
*Nih bagi yang wanita, tuala wanita adakah buang terus dlm tong sampah selepas di basuh?atau masih longgok banyak-banyak baru buang??Pastikan betol-betol tak yang tuala wanita tu basuh sebersihnya?
*Nih bagi yang lelaki, tuala yang diguna lepas mandi adakah main campak atau disidai di tempat yang betol?
*Adakah anda suka gantung pakaiaan di penjuru katil atau tangga rumah korang? atau selain bukan tempat menggantung baju?
*Selepas buka kasut campak depan pintu atau susun betol-betol?
*Pakaiaan dalam adakah seminggu sekali baru nak di kaut semua untuk di basuh??
Jika kebanyakan perkara diatas sudah menjadi rutin hidup, maka sebenarnya memang anda tengah menghancurkan sahsiah anda.Kenapa aku cakap macam tu??Sebab urusan sendiri yang remeh-temeh tu pon masing-masing tak boleh nak handle macam mana pulak urusan yang lain-lain??Ha mesti ada terdetik kat hati eh aku berjaya je.Mesti di ingat kita hidup bukan untuk setahun dua tahun, Insyaalah jika umur panjang betahun-tahun umur kita akan dilanjutkan, adakah budaya ini yang kita nak tunjukkan pada anak cucu kita nanti?Jika kita seorang pelajar mungkin anda akan berjaya tetapi peribadi anda KOSONG. Jadi tak seimbang.Pelajar,pekerja yang berjaya akan berjaya pada sahsiah dan juga pendidikan barulah boleh malahirkan modal insan yang first class.
Aku di besarkan dengan peraturan.Jadi pantang aku kalau depan mata nampak bersepah.Aku ambil contoh,satu hari dalam belajar aku ada target untuk faham seseatu topik.Jadi aku bangun-bangun pagi terus mentelaah, dalam masa yang sama baju yang berlonggok tak basuh-basuh.Di sebabkan aku pelajar yang tak suka membuang masa jadi aku teruskan juga belajar topik yang aku tak faham.Tiba masa aku perasan dah petang.Dan baru akau perasan jugak...eh aku tak faham lagi apa yang aku cuba fahamkan...dann ehhh... matahari dah tak terik baju aku tak bebasuh lagi ni.Tengok takkan tabiat yang macam ni yang kita nak bawa bila kita dah bekerja,berumah tangga nanti?
Lagi satu benda nih aku banyak kali tengok, dan aku sendiri tak suka dengan keadaan macam ni.SALAH FUNGSI.Tahu ke apa maksudnya macam aku state kat atas tadi tangga jadi tempat penyidai.Nama pun tangga bukan tempat penyidai.Nak sidai cari tempat yang betol.Bukan main sempat aje.Akhirnya rumah sendiri yang macam haprak.Aku kat rumah selalu perhatikan benda-benda macam nih.Mana aku rasa tak sesuai aku buang, dari semak mata.Pantang aku tengok benda belonggok.Jadi kalau susah sangat nak buat perubahan besar, buat dari yang sekecil-kecil asas dahulu.Kalau rase rumah dan apa yang kamu orang tu buat betol,aku kisah apa rumah kamu orang bukan rumah aku!Betolkan yang biasa,bisakan yang betol.
< Pergaulan dengan parents dan family sendiri hancur >
Aku paling tak suka jika dengan orang luar di lebihkan berbanding keluarga sendiri lebih-lebih lagi dengan mak bapak. Yang mabuk kepayang becinta mak kata jangan, tapi kau buat jugak.Ber sms smapai pagi buta, begayut 24 jam, ber chat tak kira masa. Berkurung dalam bilik sampai nak panggil makan pun susah. Jika kau sebagai seorang pelajar memang kau cari nahas.Mana aku kata tak hancur sebab kau di awang awangan, bercakap dengan keluarga sendiri hampas.macam mana yang nak di panggil generasi muda tonggak negara??Alangkah berkomunikasi dengan keluarga sendiri pun sesuatau yang membosankan?Pelajar yang cemerlang yang berjaya tu di ukur berdasarkan keakraban dengan darah daging sendiri.Kasih sayang di curahkan kepada mak bapak yang sudah membesarkan kita.Tapi apa akibatnya kalau kau curahkan kasih sayang, mengadu domba pada orang luar yang boleh datang dan pergi??Sebenarnya kau tak dapat apa-apa kecuali kasih sayang yang plastik.Aku tak suka orang yang melebihkan orang luar berbanding keluarga sendiri.Jika ada benda yang tak elok ditegur diam dan jangan melawan.Lebih-lebih lagi jika teguran itu terpacul dari mak bapak kau.Betolkan ikatan dengan keluarga dahulu sebelum nak ikat yang lain-lain.Aku tabik pada manusia yang pentingkan sifat cintakan keluarga.Kalau kau rasa kau yakin kau dah buat yang terbaik untuk keluarga kau syabas!Jika tidak buat lah apa kau rasa nak buat janji mak ngn bapak kau sayang.
< Pergaulan dengan rakan-rakan di sekolah,universiti,tempat kerja hancur >
Ini lagi satu yang aku nak bagi tau betapa benda-benda ni semua kena peka. Pilih lah kawan yang berotak.Sebab apa aku cakap macam tu?sebab nama je belajar di IPTA tapi KOSONG.Aku pelik kenapa suka berpuak-puak?Aku nasihatkan di sini jadi manusia tu, cuba bersifat natural.Jangan bila ada oarang mengadu pasal keaiban orang atau perasaan tak puas hati pasal kawan-kawan atau workmate kau menambah-nambah.Ini samalah jugak dengan batu api.Tahu batu api?melaga-lagakan orang?Adakah ini baik?Apabila ada orang yang mengadu janganlah sampai menyampai.Simpan sendiri sudah.Aku,ramai gila babas yang cerita kawan-kawan macam tu macam ni, adapun kawan baik sendiri di kata.Cerita kat aku pulak yang jenis suka mendengar dan lihat nih.Apa aku buat hanya mendengar tapi tidak mengkomen apa-apa.Tak ada sampai nak berbincang jadikan ia sebagai isu hangat.Kanapa bila kita tidak puas hati dengan orang kita perlu cakap?Ya aku pon jenis tak puas hati kadang-kadang sampai geleng kepala aku di buatnya.Tapi sebagai seorang yang bertimbang rasa aku cakap elok-elok tapi bukan dengan senyum atau apa,dengan TEGAS.Tidak menunjukkan muka yang boleh di pijak-pijak.Kita perlu suaran ketidak puasan hati tapi tengok dulu kat diri sendiri kau tu orang puas hati ke dengan diri kau tu??Kalau tak pernah ada orang datang kat kau cakap yang kau tu sempurna, jadi abaikan.
Approach aku, bila musim orang gila nak mengumpat aku akan blah dari tempat kejadian.Kadang-kadang telinga aku ni terdengar jugak dah satu bilik mengumpat depan belakang aku boleh buat hapa.Nak blah dari situ assingment aku terbengkalai.Dan approach aku adalah buat BODO.Istilah lainnya bila mereka minta aku ulas aku jawab " NO KOMEN BEP"
Hahah aku suka bila mereka buat muka kronik!
Tapi kalau pensyarah aku tanya aku jawab macm tu memang "repeat paper" lah aku jawabnya.Di sebabkan nama aku senang nak di sebut jadi pensyarah suka tanya pendapat aku.Dan bila dia tanya aku tengah fikirkan benda lain, jawapan selamat aku bagi
" Im so sorry sir, I dont have any idea due to im not clear with that certain part, can you please explain back?"
Bukan selalu lah aku buat perangai macam tu.Tapi aku suka bila Sir tu terangkan balik.Dan kali tu aku dengar dan fahamkan dengan betol sebab tak pasal-pasal naik lagi nama aku.
< Urusan dengan yang di ATAS >
Ha ini yang akhir. Maksud yang di atas tu takkan kau tak faham bukan atas tangga. Urusan dengan Allah.Pencipta kita lah. Kau cantik, pandai, hormat semua orang, orang semua suka pada kau..tapi malangnya kau lupa pada yang di ATAS.Adakah kau seimbang dan boleh di iktiraf sebagai kau cemerlang??Jawapanya tidak!Kau boleh baca Solat Tiang Agama yang aku coretkan sebelum nih.
" kejarlah Akhirat, sesungguhnya dunia akan mengejar kita "
Jadi solat, doa , dan tawakkal untuk jadi insan yang berjaya.Aku tak berjaya lagi sebab banyak benda yang aku nak tapi belum aku tunaikan.Bila tu??aku pun tak tahu tapi apa yang aku tahu semua yang aku cerita kat atas adalah yang aku telah praktikkan sekian lama dan ianya memang mambantu aku untuk melakar kejayaan aku kat duniwi dan ukhrawi.
Kau yang rasa tah hape-hape kau cuba ubah,jadi kau akan rasa diri kau tu berguna, atau serbaguna pun bolehlah janji kau bahagia dan gembira. Kita zassssssss!
Ini namanya SALAH FUNGSI, dan juga buat perkara yang sia-sia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment