Wednesday, July 13, 2011

Doa Bukan Di FaceBOOK!


Ini lagi satu fenomena, gejala yang aku tengok yang sangat popular yang melanda sekarang, iaitu berdoa di Facebook!Ape kau dah tak cukup tangan nak angkat tangan tu nak berdoa sampai nak guna wall post di facebook untuk berdoa??

Hai, ni lah katakan zaman moden.Lepastu aku perhatikan ada musim-musimnya berdoa nih.Musim result exam keluar,musim dapat anak,musim khawin, musim gaji dan banyak musim lagi lah.Tak pernah pulak aku terbaca, dan mengaji nih dalam agama kita boleh doa di facebook?Aku tak tahu lah hukum berdoa di facebook ni?Haram?Halal?Harus?Sunat?Afdal?Makruh??Tapi apa yang aku nampak berdoa di facebook ni melainkan :

1) Nak tunjuk kau adalah manusia yang tak pernah lupa Tuhan.

2) Kau sengaja berdoa, untuk tujukan pada seseorang.Kira cam nilah ayatnya " Ya Allah, aku hambamu teraniya, tunjukkanlah kekuasaanMu" , atau " Syukur padamu Ya Allah, atas limpah kurniaMu menunjukkan apa yang berlaku,kejadian yang sedih itu rupanya ini hikmahnya". Itu antara yang aku terbaca.

3) Kau sengaja tulis YaRabbi,Ya Tuhan, Ya Allah, tapi ayat kat belakang " dengan keputusan yang aku tak sangaka-sangka" ( result exam dah keluar kau dekan kot?) Jadi sebenarnye nak membangga.

4) Kau nak pamer kat orang kemewahan yang kau ada contoh ayat " Syukur, padaMu kerana telah memudahkan aku membeli sesuatu yang aku idamkan selama ini.( Dapat beli rumah besar, post kat pelosok dunia bagi tau kau Orang Kaya ), riak kot..padahal buat loan.

5) Ape lagi ye? takat ni cume list di atas yang kadang-kadang buat aku tersenyum sinis depan lappy aku sorang-sorang.


Bila kau baca ape yang aku mention kat atas, mesti kau kata...hek eleh dengki!Apahal kau?Aku nak dengki??Aku cuma nak nasihatkan.Kau letak lah segala post yang kau nak, yang orang boleh bagi hint lebih kat FB kau, tapi kau jgn lah nak guna mark TUHAN tu?Buang segala bagai Oh Tuhan!Ya Allah,Syukur pada yang Esa...aku paling tak suka.Apa tuhan tu duduk dalam fb??

Tapi aku bersangka baik dengan kau.Mungkin niat kau baik kan..baguslah nak pamer rasa syukur.Tapi bukanlah di FB.Bukan kah doa tu bersifat peribadi??Ikatan kita dengan tuhan??Rahsia kita dengan tuhan??Jadi kenapa perlu di canang kat fb kau??Aku tak tersenyum sinis kat depan lappy aku jika apa yang aku baca contoh nya :

** oooHHH tidakkk!! aku dapat 4 flat!gila gaban suka!
** Aku dah beli rumah, Sila datang nak warm up rumah ada kambin bek2 bakar, bawak semua orang-orang kampung!
** Comelnya bayi aku...tengoklah anak sapa?Aku dah bersalin dengan selamat.
** Kalau berani hadap datang kita fight!hahahah.
** Tak pa lah orang dah tak suka, you say no, i say next,next and next!

Ha, kalau post-post yang macam ni lantak lah aku tak kisah, aku enjoy baca dan if perlu aku komen.Tapi aku jarang buka fb.Yang aku suka tengok apa yang best kat youtube then share dengan friends di fb.Bagi aku fb tu cuma nk keep in touch dengan kawan-kawan je.Lagipun aku approve kawan yang aku kenal only.Yang kenal melalui kawan kepada kawan,kenal sikit-sikit ke,kenal sipi-sipi ke, memang aku tak approve.Itu hak aku.Sebab nak be fb bukan nak be contest sapa paling ramai kawan, aku rasa semak entah sape-sape yang sebenarnye kadang-kadang bukan orang pun tapi stalker.Paling aku tak suka bila tengok mutual friend, 2 orang kawan time sekolah,3 orang kawan kerja, sorang bangla mana entah, and the rest becampur aduk, the best picture profile pon kau letak pic lembu,lagi kau punya info macam haram.Jadi tanpa berlengah ignore dan kau boleh blah.

Berbalik pada berdoa pada tadi.Aku nak bagi tau kat kau lah kan...sebenarnya kalau nak berdoa ni bukan lepas solat je.Lepas solat tu mestilah kau angkat tangan tu, minta dengan rendah hati,kusyuk tawadhuq, then yakin doa kita akan di makbulkan Allah.Doa ni jugak ada masa-masa yang afdal berdoa.Sepanjang pembacaan aku dan apa yang aku amalkan kau nak tahu ke bila??Sini aku list kau baca, ingat kau buat.

1) Waktu pagi selepas subuh ( Rajinkan lah diri buat solat duha )

2) Sepertiga malam ( Rajinkanlah solat Witir, bukan kau solat isyak lambat-lambat lepastu segala solat sunat kau nak buat baru kau nak doa.Solat Isyak di awal waktu )

3) Semasa hujan turun ( Hujan turun tu kan rahmat,mase kau tengah study ke, bace buku ke berangan ke, angkat tangan tu doa dengan yakin )

4) Semasa kau dianiya ( Mangsa keadaan, time kau tengah kna buli,kena fitnah..padahal kau tak buat ha kau doa, tapi jangan mintak orang fitnah kau, tak pasal-pasal kau kena temepeleng lak )

5) Nih yang lelaki doa antara dua khutbah jumaat (Doa dlm hati nak kawen cepat mudahkan rezeki niatkan dalam hati)

5) Itu je yang aku tahu..apa yang aku tahu pon tak lah banyak.Banyak lagi yang perlu akau buat untuk mantapkan diri aku nih.


Segala yang aku paparkan nih bukan nak cakap aku bagus tahap professor.Tapi apa yang aku rasa ralat aku terjemhkan dekat sini.So next phase elakkan lah ek dari doa di fb nih.Nampak sangat kau nih ada ilmu tapi tak pakai.Ha lagi satu fb bukan tempat nak caci maki orang nak gaduh,nak aibkan orang.Kau tak suka kau remove abis cerita.Eh nanti orang kata aku tak profesional pulak?Tu kau yang silap be fb nih untuk org yang tahu bermasyarakat je.Yang salah fungsi yang suka bawa onar di fb nih sila duduk dengan berok atau lembu atau tapir-tapir comel di dalam zoo.Berfb lah dengan hiwan-haiwan itu.Atau susah sangat deaktivate!Duduk dalam gua.



Ini kalau tuan hilang, refer pada pet nya dah kenal.Kalau nak ber fb dengan haiwan pon boleh guna profile pic nie.Bagus ni.

No comments:

Post a Comment