Baiklah aku nih banyak pengalaman temuduga macam-macam, bisiswa, pinjaman, cikgu, certain course Uitm, Upsi, dan kerja dan macam-macam aku dah tak ingat.Boleh ingat tapi perlu masa sikit nak recall balik semua semua tu.Takot ada yang caca marba lain pulak nanti jadinya.Last aku temuduga nak test BIASISWA KPT.Aku macam yakin tak yakin je isi form scholarship tu.Tapi lantak lah isi jalah.Nak test-test apa pulak redah je.
Ini aku cuak sikit, sebelum-sebelum ni aku di rejek sebab aku tengah keja aku apply. Jadi bila mereka tahu aku tengah kerja jadi zass selamber je aku di tolak tepi.Itu menurut kata mereka lah. Kesilapan terbesar aku masa di interview MEDSI aku mention aku kerja, dan course yang aku pilih tu MORAL.Jadi bap pemilihan kos pon nak jadi isu.Salah ke aku budak engineering apply moral??Tapi lantak lah.Yang di ATAS dah ada plan baik untuk aku sebenarnya.
Jadi berbalik pada SLTP tu, aku cuak la jugak kan kena panggil interview.Tak silap aku Universiti aku sahaja yang di panggil interview 56 orang makan masa 2 hari.Aku dan kawan-kawan aku masing-masing ready untuk di interview. Aku seperti biasa, tabiat aku menjelang esok nak interview adalah setia mengadap lappy untuk google.
Benda yang aku google adalah :
1) SLTP tu jadah apa?
2) Kenapa KPT buat menda ni??
3) Berapa banyak politenik dan kolej komuniti?
4) Apakah pengajian/bidang yang di tawarkan?
5) Misi dan Visi KPT?
6) Organisasi ( manusia yang terlibat )
7) Isu semasa
8) Menteri segala bagai dah ada dalam kepala, tapi kot dia tanya menteri pertanian Monggolia kau nak jawap ape??
Setakat yang aku ingat tu je lah yang aku google.kalau kau nak extra information google lah yang ko rase nak.Tapi bagi aku tu dah memadai.
Dan tiba hari yang di janjikan, aku datang dengan baju warna peach, kasut tutup depan bertumit sikit ( bukan yang 2-3 inci tu ), tudung putih. Aku bawak folder segala aktiviti aku yang aku masuk.Dekat universiti aku tak aktif pon same lah gak dengan kat poli dulu.Arghh biarlah.Kau bawak je sijil apa yang kau ada.
Biasalah resume, gambar, surat tawaran universiti dia mintak dulu. Aku bagi lah kat pegawai yang jage.Gila ramai segak pulak. Hahah hilang nervous aku. Tibalah giliran aku,
" dik nanti kita ada MICRO TEACHING ya ". Ha???????? tergezot beruk aku. Aku ingat jadi cikgu je yang perlu tu semua.Gila dalam masa 2 minit aku kena prepare.Apa yang aku nak ajarkan dengan penemuduga tu?? Hayyak...gelabah bep.
Nama aku di panggil. Arghh..tarik nafas dalam-dalam dengan kalimah bismillah arrahman arrahim..aku ketuk pintu dan masuk. Masuk je, tuu dia dua orang penemuduga.Glup....tapi senyum aku tak putus-putus sambil duduk dengan tegak dan sopan.
Bermula lah sesi temuduga.Kau tahu soalan yang dia tanya??Aku list down kan kat sini pandai-pandailah korang jawab sebab aku rase korang pon boleh jawab kan???
* Assalamualaikum, selamat pagi...dah makan? ( aik??formal ke tak formal??Dalam hati aku, kau boleh tak buat benda ni jadi formal, aku jawab aku tahu lah )
* Sebelum ni belajar kat mana?
* Kenapa ambil course IT?Dulu engineering??Tak rugi??
* Mana lagi mencabar??
* Ada testimony bekerja, cerita sikit pengalaman,
* Awak boleh jadi pendidik?Kenapa awak minat?Takkan minat je?
* Aktiviti kat poli dulu,ada sijil JPP nih apa yang awak buat?
* Isu pasal matematik dan sains dalam bahasa inggeris apa pendapat awak??
* Apa beza kolej komuniti dan poly?
* Awak ada pengalaman mengajar?Apa pendapat awak apabila kita mengajar tapi pelajar tetap sukar nak faham apa yang di sampaikan??
* Macam mana HINI ni boleh menular?Apa gejala?Macam mana nak bendung?
* Bila nak kawen? ( hait??soalan tu pon nak tanya?Aku jawab penuh sopan, Insyaalah sampai jodoh nanti, tapi aku cam berubah muka kot tak prepare tu soalan tu boleh tejegol keluar.Pagel hey betol)
Aku nak ulas sikit, semua soalan tu aku jawab berdasarkan fakta.Kau boleh mualakan ayat kau bila nak menjawab dengan, apa yang saya dapat dari pemerhatian saya, apa yang saya boleh ulaskan, bagi pendapat saya berdasarkan statistik...tu antara contoh.Sebab kau tgk soalan yang di tanya H1N1 lah..teras pendidikan lah ape lah lantak lah.Yang paling penting kemahiran bercakap dan mengulas tu yang penting.Cara kita menyampaikan sesuatu tu jangan bagi orang boring.
Terus sesi kedua MICRO TEACHING. Haha yang ni part memang aku kecut perut sebab aku tak sedia yang ni.Tapi di sebabkan aku ada pengalaman yang sama sebelum ni.Jadi aku pon apply lah apa yang aku ingat.Tapi yang ni aku ajar pasal GET,kau tau tak??Get dan?Get atau? Get tak atau?haha apa apaan lah.Ajar dalam English pulak memudah kan aku nak menyusun ayat.Dan words elektronik nih panel ada yang faham ada yang tidak.Pulak??
Aku start dengan introduction, apa yang aku nak ajar hari tu,isi yang perlu kau fahamkan pada panel, lastly..penutup aku conclude kan segala yang aku merapu tadi.Ringkas, intro, isi, ending.
Good, mereka senyum..dan aku puas hati.Ok thanks F..., we are glad to see you again :). Dalam hati Good sign. Aku tak putus-putus say syukur bcoz of di permudahkan urusan aku.
Akhirnya aku selamat mendapat bisiswa KPT.Bersyukur memang cita-cita aku nak jadi pendidik.Tuhan tu dah plan cantik baik punya.Alhamdulillah Syukur.Sepanjang yang aku tahu calon yang berjaya dua orang sahaja.Yang lain aku tak dengar.
Ha ini segala coretan yang aku lalui 2 tahun lepas.Tak sabar nak jadi Miss F, di polytechnic pulak..Aku dah lalui macam-macam dalam hidup aku.Maksud aku tu pengalaman banyak mengajar aku.Aku berterima kasih kat parents aku yang banyak bagi aku kelonggaran untuk ikot kepala hotak sendiri.Ikut kepala hotak sendiri pun aku tak buat yang bukan-bukan.
Bila kita ada impian, automatik kita ada effort. Aku dah lalukan hidup aku ke jalan yang aku minat.Kalau masa kecil cita-cita aku tak jadi pendidik aku tak tahu 10 tahun lagi aku jadi apa.Tapi kalau tak jadi pendidik pun tak kisah lah mungkin jadi Guru Besar ke??hahahaah..
Ini bukan versi aku lah.Aku hot dari dia kot.Dia iras aku.So bayangkan bila pakai tudung..cun aku tuu..hahaha.( masuk bakul pastu telangkup sendiri,haha...riak sungguh)
salam akk.. nk tnye.. nk taw kte dpt temuduga tuh mcm mne??.. dye msg ke? kene cek kt website ke dpt surat??
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletePihak universiti masing2 akan announce di HEA,atau melalui Email pelajar.Boleh pergi ke bhg. HEA, nama yg berjaya akan di beritahu oleh KPT melalui HEA universiti masing2.Kena alert dgn HEA..sbb hanya yg berjaya temuduga shj. akn d beritahu melalui surat dan boleh cek d website KPT.
micro teaching tue guna whiteboard ke utk ajar diorang..ke mcmmaner..bape lama masa amik eh
ReplyDelete@ n,
ReplyDeleteMicro teching, tu mmg desediakan whiteboard utk kegunaan calon masa mengajar.Itu tepulang pada awak samada nk guna atau tidak.Tidak menjadi kesalahan jika awat tak guna, tetapi awak harus make sure kaedah pengajaran awak tu boleh menarik minat panel.Tepulang pada awak.Yang penting kaedah awak mengajar tu perlu berkesan untuk lavel student lepasan SPM.
@ n,
ReplyDeleteLebih kurang 10 minit.Sbb. untuk 1 calon d peruntukan 45 minit sesi soal jawab plus micro teching.30-45 minit ikot panel.
Lama jugak ye 45 minit.
ReplyDeleteApelah yang nak dijawab dalam tu.hehe
Saya punya interview 8/10 ni.takut sangat2.tak tau nak ajar subjek apa.hehe
Tapi kan kalau macam saya sekarang, amek course Civil Eng, jadi apa2 subjek pun boleh diajar la ye asalkan masih dalam lingkungan kos kita?
Sebabnye, panel cuma nak tengok cara kita mengajar kan?
Medium pengajaran pun tak penting kan?
Terpulang pada kita nak guna white board ke powerpoint ke..
Betul tak?
@lala,
ReplyDeleteTahniah berjaya ke temuduga :)
Ya, apa-apa topik pun boleh kita ajar dlm lingkungan pengajian kita atau d luar lingkungan course kita pun tak menjadi kesalahan.
Betol..tepulang pada kita sebb panel cuma nak lihat bakat kita mengajar tu..macam mana kita membawa sesuatu pengajaran.Segala alat bantu mengajar pon terpulang pada kita samada nak guna ke tidak masa micro teaching tu.
All the best interview :)