Wednesday, July 13, 2011
Sambungan Temuduga Maintenance Tech.
Ini kalau interview guna bahasa tubuh.Kau semua jangan jadi pandai sangat macam ni.Hak3!
Baiklah, kali ini setelah setahun lebih baru aku nak sambung pengalaman aku ditemuduga jawatan juruteknik.Lepasan diploma jadi juruteknik je lah yang mampu pon.Tapi not bad banyak pengalaman yang aku dapat kat sana.Walaupun ada lah kena siki-sikit tapi tak banyak dengan apa yang aku belajar.
Baiklah, apabila kau di panggil untuk di temuduga...( jap aku nak retrieve balik dalam database aku )ha, selalunya macam aku ni walk in interview so aku dah ready lah segala bagai.Kalau spesis yang call untuk di temuduga kau kena tanya betol-betol tempat yang kau nak pergi interview tu.Maksud aku memang lah company tu kau tahu, tapi nye kadang-kadang ada company buat interview kat hotel bagai pada hari kejadian.Jadi ape pun must be double confirm even, already mention before.Cakap banyak tak guna, aku listkan benda apa yang perlu kau take note apabila PIC @ Person In Charge ni call kau. Cepat job down.Hek3..
1) Hari
2) Masa
3) Tempat ( Spesifik kan, kalau kata dewan,so apa nama dewan tu, kau jangan budget terror nak sergah-sergah )
4) Sapa yang boleh call in case kau sesat barat.
Baiklah siap!Jadi bila dah take note, letak di tempat yang kau ingat.Paling senang letak dlm hp memory.Dah tu kau mulalah fikirkan nak pakai baju apa.Bagi aku simple yg penting.Ha! kau golongan adam :
* Pakai kemeja lengan panjang warna yang biasa hitam putih,kasut tutup ( kulit ).
* Rambut kemas takkan tu pon nak bagi tahu.
* dah cukup!
golongan hawa :
* Baju kurung je, tak payah nak pakai kebaya, kebatat bagai tak ada sape nak tgk.Warna cam biasa jangan yang striking sangat bepinar mata yang nak interview.
* Kalau nak pakai seluar gak pastikan jangan ketat, warna gelap , dan labuhkan apa yang patut.Tak payah lah pakai skirt-skirt bagai kau tgk lah nak post tech. je.Jangan malukan diri sendiri.
* Yang pakai tudung pakai yang biasa.Nanti kat sana bukan ada petandingan apa-apa.Aku paling semak kalau tengok pakai jenis letak brooch kat atas kepala, gila besar.Kecil sudah!
* Yang ikat rambut jangan nak tocang bagai ikat biasa.
Kesimpulan, just be less.Jangan OVER!
Lagi pastikan barang-barang segala nih di angkat ke tempat temuduga :
*Resume
*Gambar beukuran pasport ( 4 keping sudah )
*Sijil-sijil yang ko rasa berkaitan dan akan rasa bangga bila kau tunjuk, jadi bawak.
*Report latihan praktikal.
** nih transkrip segala dari sekolah ke poli. ke angkot sekali
***Lepastu bukan kau masuk dalam envelop pastu kau lambak kat para penemuduga tu.Kau pun satu masukkan lah dalam FILE/FOLDER yang cantik sikit.Susun dari yang tahun zaman Tok Nek ke latest achivement yang ko dapat.Paham?!
Baiklah seterusnya pengalaman aku di temuduga sebagai tech. ni soalan-soalan yang di tanya :
1) Kat mana kau praktikal??
2) Saper supervisor kau?
3) Apa kau buat masa praktikal??jadi hamba abdi?Pembancuh kopi??Khadam yang hina??( jawab lah apa yang kau buat.Bap nih kau jangan tipu.Tak baik.)
4) Final projek buat apa?Cerita sikit.(Dia kata sikit cerita introduction nye, baruk masuk ke isi-isinya, jangan main zass je ke tengah isi.Cakap satu persatu jelans nyata.Jangan syok sendiri)
5)Gaji tak payah tanya.
6)Kalau kau pandai apa kau tahu pasal syarikat nih??Ha kalau ada soalan ni kau nak jawab apa??Kat sini kau jangan nak jadi Saloma cipta ayat belakon-lakon.Kau tak tahu jawab tak tahu.Jadi aku nasihatkan baca dulu background company yang kau nak tuju tu.Buat research,google lah nama company tu.Takkan tu pun aku nak ajar.Celik lah IT sikit.Contohnya,apa product?Apa misi dan visi?Nama product yang kau tahu?Cewah cam nak interview SPA lak.Lantak lah.Ha dapat?
Dekat sini aku nak tekankan, bila kita menjawab soalan yang diajukan..jangan banyakkan bunyi-bunyi dan situasi sebegini :
*errrr
*ermmm
*hurmmm
*aaaaaaaaa ha!
*Garu-garu kepala cam haram
*Main pen, tup tap tup tap
*Kaki goyang-goyang
Ini semua awal-awal lagi kau dah kena rejek.Bila di soal atau di asak dengan pertanyaan yang agak extream sebagai contoh " kau boleh keja 36 jam?" kau jawab lah " aku boleh kerja under pressure, tapi macam mesin aku pon kena rehat gak jadi paling maximum pun bekerja none stop only 12 hours ". Dalam situasi cam tu kau kena cool.Relax.Kadang-kadang dia nak test je kau, boleh handle ke tak situasi yang hampeh tu.Semua kilang ada policy masing-masing.Macam aku cakap tadi jawapan JELAS,TERANG,BERNAS. Baru orang yakin kemampuan kita.
Lastly, dia akan bg grant kat kau dalam masa sekian-sekian,kami akan bagi jawapan.Kami akan bagi tahu melalui call atau pun surat.Tapi selalu kilang semiconductor cam aku abis interview zass dia call anda berjaya untuk post tu.Aku rase best gak test market laku gak aku.Ape pun syukur.
Bila dah kena lapor diri, nih tak abis lagi ada ujian IQ test.Entah lah aku buat je..aku tak ingat sangat yang aku ingat kena buat litar.Litar apa aku dah tak ingat 5 tahun lepas cerita nih.Yang penting aku lepas.Dah selamat keja selama 2 tahun 6 bulan.
Ha itu ja lah pengalaman aku.Tak lah challenging sangat.Cuma aku nervous sikit.Yang interview aku tu orang Cina.Guna english, at that time my english quite bad.Broken pon broken lah!Ape pun tunjukkan kau boleh buat! The best part aku mula keja 2 minggu lepas tamat final exam, the worse part kau bayangkan department tu aku sorang je tech. perempuan??oohhhhh ini dugaan.
Kesimpulan buat je, ni bukan masa nak memilih kerja.Bapak kau ada kilang kapal tak pe atau kau sedara Donal Triumph ke, aku tak kisah.Hape pon tak ada.Jangan cakap banyak zassssssss!
Ini tools yang aku guna mase memegang title miss technician.Segala allenkey dari yang besar sampai ke sekecil-kecil rupa aku guna.Tu tak campur spanar,screwdriver, multimeter,playar and tah hape-hape lagi yang aku guna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat.. dpt jgk srvey ape yg prlu djwb n dbuat utk iv lpas ni..
ReplyDeleteJumpa kat sini ye, tengah intai soalan interview jugok ni hahah
Deletetrima kasih moga Allah mrahmati
ReplyDeleteNasib baik aku siap kena tanya, lukis kn kawalan moto start delta, star delta boleh sambung atau x camne kiraan untuk start dn camne untuk delta, ape beza 1fasa dgn 3fasa lukis kn, ape beza moto au dgn ac, kenapa guna kn kn sambungan delta dn kenapa guna kn sambungan start, ape kelebihan guna kn sambungan start dn delta dn pelbagai lagi, dh macam lecture aku pulak time study dulu dgn aku blur sebab tinggal bahagian elektrik terlalu lama mampus aku nk jawab hakikatnya aku tahu semua tu bila di pratic kn,aku pon firts time iv bahagian elektrik so aku xtahu die akan bertanya soalan camtu so melapas lah sudah maka aku budak berkemahiran keluar jtm masih mengangur dn masih ramai lagi kawan2 aku mengangur bukan memilih tapii xdi beri peluang..
ReplyDeleteni mesti kilang intel
DeleteSuper Bowl LV betting - Mapyro
ReplyDeleteThe best place to bet on Super Bowl LV. Super titanium vs steel Bowl LV betting is in a good location. titanium hip You titanium flask can easily place trekz titanium pairing your Super 메이피로출장마사지 Bowl bets at the sportsbook's